Sulit
3 tahun
Pil Perancang Noriday sementara
Saya wanita berumur 29 tahun sudah mempunyai anak berumur 23bulan, sebelum ini saya mengunakan perancang keluarga jenis suntikan dan akan bertukar kepada perancang iud pada bulan hadapan dan sementara itu nurse ada bekalkan saya condom. Soalan saya bolehkah saya mengambil perancang Noriday dalam tempoh menunggu temujanji untuk pemasangan iud tersebut.?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham keadaan anda buat masa ini. Kami memerlukan lebih banyak maklumat mengenai status kesihatan anda, sebab mengapa anda ingin mengambil pil tersebut dan bilakah kali terakhir anda mendapatkan suntikan perancang tersebut.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Anda boleh mengambil pil tersebut dan mennggunakan kondom untuk mengurangkan risiko anda untuk hamil. Selain daripada itu, kami sarankan agar anda berjumpa dengan doktor untuk berbincang mengenai niat anda dan supaya pemeriksaan dapat dibuat terklebih dahulu sebelum menggunakan pil perancang tersebut.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.