
Sulit
4 tahun
Pil perancang oralcon pengambilan haid hari ketujuh
Hi Doktor,saya mengambil pil perancang pada haid hari ke 7 setiap bulan,hari ini haid saya adalah hari ke 6 dan kering serta bersih…jika saya bersama dengan suami pada malam ini adakah kehamilan boleh berlaku kerana pada keesokan hari baru saya akan mula ambil pil perancang…
Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Jalinkan hubungan seks tanpa kebimbangan lagi
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sekiranya anda tidak mengambil pil perancang harian selama 1 hari, anda boleh segera mengambil pil yang anda selepas itu dan teruskan pengambilan pil yang seterusnya. Bagi menjawab persoalan tentang mengandung, kemungkinan untuk hamil akan ada walaupun tipis kerana pil perancang tidak mampu membendung kehamilan 100 peratus, jadi anda perlulah untuk membuat ujian pemeriksaan kandungan melalui air kencing iaitu UPT kelak untuk kepastian.
Sekiranya anda mempunyai soala tambahan, anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih