
nurizabella0103
5 tahun
Pil perancang postinor
Hi doc. Sy umur 25. Awal bulan 8 1hb-5hb sy dah period lps tu 17hb sy bersama dgn suami dan mkn postinor. Lps sy period lg 24hb-29hb. Skrg bulan 9 sy tak period lg. Knp ye?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Postinor ini adalah pil perancang atau kontraseptif kecemasan yang diambil dalam lingkungan masa 72 jam melakukan hubungan seksual. Ubat tersebut bukan untuk diambil secara kerap kerana kesan sampingan gangguan kitaran haid. Dalam sesetengah kes, 2-3 hari selepas pengambilan tablet, pendarahan mungkin akan berlaku di mana kebiasanya ia akan berhenti secara spontan. Dalam kebanyakan kes, haid seterusnya akan bermula seperti yang dijangkakan atau lebih awal. Sekiranya haid anda lewat melebihi 7 hari, anda disyorkan untuk melakukan ujian kehamilan.
Untuk pengambilan harian, anda sepatutnya mengambil jenis[pil perancang gabungan](http://pil perancang gabungan (combined oral contraceptive pill)) (combined oral contraceptive pill).
Walaupun ubat ini boleh didapati di farmasi, saya cadangkan agar anda mendapatkan rujukan lanjut terlebih dahulu. Sila klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan ahli farmasi kami.