
irfanjr150
5 tahun
Pil perancang segera
saya nk tanya kalau ambil ubat after morning pill or pil kecemasa lepastuh dalam beberapa minit saya minum air coca cola,adakah keberkesanan pill itu masih sama?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan diatas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, Postinor-2 adalah sejenis pil perancang kecemasan yang berfungsi mencegah kehamilan dengan cara melambatkan ovulasi. Pil ini bekerja secara efektif sebanyak 99% untuk mencegah kehamilan sekiranya anda mengambilnya dengan betul iaitu dalam masa 72 jam pil pertama diambil dan pil kedua diambil selepas 12 jam pil pertama diambil.
Setakat ini belum terdapat sebarang kajian yang menemukan interaksi antara minuman cola dengan pil Postinor. Hal ini boleh jadi menandakan bahawa minuaman cola tidak mengurangkan efektiviti ubat ataupun, keberkesanan pil apabila anda minum cola tidak dapat dipastikan.
Untuk info tambahan, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.