
Sulit
5 tahun
Pil Perancang selepas melakukan hubungan kelamin
saya wanita lingkungan 20 tahun. saya nak bertanya mengenai pil perancang. bagaimana ya kalau saya nak consume pil perancang ni seandainya saya dah buat hubungan kelamin bersama suami dan suami telah membuang air mani ke dalam faraj saya? apakah solusi untuk saya mencegah drpd kehamilan? seandai nya saya consume pil perancang selepas melakukan kelamin adakah saya perlu mengamalkan pengambilan pil tersebut? adakah ia berkesan atau tidak?
terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami. Bagi masalah anda, anda bolehlah mengambil pil perancang kecemasan.
Pil perancang kecemasan perlu diambil dalam tempoh tiga hari selepas hubungan seks tanpa perlindungan. Bagi anda, kaedah perancang kecemasan bergantung kepada beberapa faktor seperti jantina, status pemakanan, sedang menyusu serta keperluannya. Kontraseptif kecemasan boleh didapati dalam bentuk pil serta peranti intrauterin (intra-uterine device).
Postinor adalah antara pil perancang kecemasan yang paling berkesan dalam mencegah kehamilan selepas hubungan seks tanpa perlindungan atau masalah kegagalan kaedah perancang keluarga seperti kondom yang bocor. Postinor juga mempunyai kesan sampingan yang minima.
Jika anda mempunyai alahan terhadap levonorgestrel, anda dinasihatkan untuk tidak mengambil pil ini. Perlu diingatkan bahawa Postinor tidak akan melindungi anda daripada jangkitan HIV atau penyakit kelamin yang lain.
Secara umumnya, anda tidak sepatutnya mengambil pil tersebut lebih daripada sekali dalam satu kitaran haid. Hal ini kerana ia akan menyebabkan haid tidak teratur. Saya sarankan anda berjumpa dengan doktor untuk membincangkan kaedah-kaedah tetap dalam perancangan keluarga yang lain.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.