
Sulit
4 tahun
Pil perancang terbaik
Sy wanita berumur 31thun…myusukan anak berumur 2tahun 3bulan…sebelum sy ad amik depo lepas tu stop sbb lupa next app…stopsy dtg haid 3x slps stop depo jd sy ingat nak amik pil perancang…y blh mrncng khamilan serta memberi benefit kecantikan bdn…blh doc suggest pil apkh y tbaik…tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, terdapat dua jenis pil perancang iaitu:
- Pil perancang kombinasi estrogen dan progesteron
- Pil perancang progesteron sahaja
Tiada kajian yang menunjukkan keberkesanan pil kontraseptif ini dalam memberi manfaat seperti kecantikan badan. Perkara yang lebih penting apabila mempertimbangkan pil perancang ialah status kesihatan serta menyusu atau tidak. Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor bagi menentukan pil apa yang sesuai untuk anda. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.