
Sulit
4 tahun
Pil perancang untuk hilangkan jerawat
saya belum kahwin and ada masalah jerawat. jadi saya ambil pil perancang untuk atasi jerawat. tapi bolehtak saya makan vitamin c dalam masa yang sama. sebab saya memang minum vitamin c secara rutin setiap hari

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, tiada kajian ilmiah mendapati kesan sampingan yang berlaku apabila vitamin c diambil bersama dengan pil perancang. Namun begitu, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor jika mengalami apa-apa gejala atau simptom yang tidak pernah anda alami sebelum anda mengambil kedua-dua ubat dan suplemen tersebut.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.