
Sulit
4 tahun
Pil perancang untuk ibu menyusu badan
Sy berumur 30 tahun,mempunyai bayi berumur 8bulan yg masih menyusu badan…boleh kah sy mengambil pil perancang?apakah jenis pil perancang yg sesuai utk sy yg tdk mengganggu penyusuan?oo ya,selama 8 bulan ni,sy cuma pernah period sekali saja…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, pil perancang yang lazim diberikan kepada ibu menyusu badan adalah pil norethisterone namun ia memerlukan preskripsi doktor.
Berkenaan haid yang tidak teratur, ianya boleh disebabkan oleh kesan penyusuan badan. Namun ia juga boleh disebabkan oleh beberapa perkara lain seperti:
- Gangguan hormon
- Hamil
- Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
- Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
- Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Untuk menyelesaikan masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih