
Sulit
5 tahun
Pil perancang untuk remaja
Hi! Saya remaja yang umur 18 but sexually active dan saya taknak perasaan takut mengandung mengacau saya hari hari lepas melalukan hubungan intim kerana pasangan saya taknak pakai apa apa protection. Tapi saya ada satu masalah ialah period saya tidak teratur. Ada kadang kadang sampai hampir dua bulan tak period. Saya pun risau akan mengandung. Boleh ke saya start makan pil perancang? Dan lagi satu kalau makan pil perancang lelaki boleh “lepas dalam” tanpa membuatkan kita mengandung ke?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, sememangnya pengambilan pil perancang adalah salah satu kaedah merancang keluarga atau mencegah kehamilan. Namun begitu, setiap individu mempunyai kaedah perancang yang sesuai untuk diri masing-masing kerana terdapat kesan sampingan pil perancang, suntikan, implan atau iud yang boleh mengganggu individu dan kehidupan hariannya.
Disebabkan anda mempunyai masalah haid tidak teratur yang boleh disebabkan oleh:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada doktor bagi memastikan punca haid tidak teratur anda dan kaedah perancang yang sesuai. Harus diingatkan bahawa kaedah perancang tidak 100% berkesan dan masih ada 1-2% atau lebih risiko untuk hamil. Selain kesan sampingan, kaedah perancangan seperti pil perancang juga akan kurang berkesan dalam mencegah kehamilan jika tidak diambil mengikut arahan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.