Sulit
2 tahun
Pil Perancang Yang Bersesuian
Hi, saya berumur 27tahun dan bakal berkahwin dan ingin merancang kehamilan. Saya ada membaca beberapa jenis pil. Dari sudut pandangan doktor, pil mana yang lebih sesuai diambil dari segi kurang kesan sampingan. Dan adakah kadar kesuburan akan berkurang jika mengambil pil ini. Boleh terangkan pil yang diambil secara harian seperti yasmin dan beza dengan pil kecemasan? Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, setiap ubat-ubatan yang diberi oleh doktor adalah berdasarkan kepada indikasi yang tertentu. Doktor perlu mengetahui tentang sejarah penyakit anda serta perlu melakukan pemeriksaan kesihatan yang menyeluruh sebelum dapat membuat kesimpulan tentang masalah anda. Anda perlu minum ubat yang diberi oleh doktor mengikut nasihat serta arahan yang telah diberi oleh doktor kerana setiap ubat mempunyai kesan sampingan yang tertentu.
Oleh itu, sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.