Dahlia

5 tahun

Pil perancang yang tidak menyebabkan jerawat

Hi doktor, saya nak dapatkan khidmat nasihat mengenai pil perancang yang terbaik dan tidak menyebabkan jerawat tumbuh

Hi, terima kasih untuk soalan anda.

Jerawat biasanya boleh disebabkan oleh ubat, diet, stress, ketidakstabilan hormon dan keadaan cuaca tertentu seperti kelembapan yang tinggi. Jerawat boleh menjadi sangat susah untuk ditangani jika anda tidak mengetahui punca itu.

Pil perancang juga digunakan sebagai rawatan untuk masalah jerawat terutamanya pada wanita dengan ketidakseimbangan hormon. Terdapat juga pil perancang yang dapat menyebabkan jerawat. Ini berlaku kerana bahan kimia dalam pil yang anda ambil menyebabkan ketidakseimbangan kepada nisbah kedua-dua hormon wanita estrogen dan progesteron. Paras rendah progesteron dalam nisbah kepada estrogen boleh menyebabkan jerawat.

Bagi pil kawalan kelahiran, anda boleh memilih sama ada Yaz, Estrostep Fe atau Ortho Tri-Cyclen. Ini dikenali untuk menstabilkan tahap hormon dan merawat jerawat. Anda juga boleh mendapatkan kontraseptif suntikan, atau alat kontraseptif intrauterin (IUCDs) sebagai pengganti.

Walau bagaimanapun, adalah dinasihatkan supaya anda melihat doktor sakit puan atau doktor pakar kulit dan mendapatkan konsultasi untuk masalah anda.

Dr Ramzdhan,

5 tahun

Salam sejahtera, Terima kasih atas soalan anda. Mengenai pengambilan pil perancang, anda perlu berbincang dengan doktor anda untuk mendapat informasi yang lebih lanjut.

Masalah jerawat akan berlaku kepada wanita semasa remaja dan juga masa dewasa. Jerawat adalah berkaitan dengan penghasilan sebum pada muka anda yang berlebihan dan pertambahan populasi bakteria yang wujud secara natural pada muka kita. Jerawat juga disebabkan dengan ketidakseimbangan hormon dalam badan kita.
Oleh itu, pil perancang boleh digunakan untuk mencegah jerawat.

Hanya pil perancang campuran oestrogen dan progesterone digunakan bagi wanita yang mempunyai jerawat. Dalam pasaran pula, terdapat banyak pelbagai jename pil perancang campuran. Menurut kajian penyelidik Cochrane, jenama-jenama pil ini mempunyai fungsi yang kurang sama dan tidak menunjukkan pil jenama tertentu adalah lebih baik. Selain itu, pil perancang dalam pencegahan jerawat mempunyai kesan yang positif.

Sebelum anda diberikan rawatan pil perancang, doktor akan bertanya tentang sejarah keluarga tentang kanser payudara, penyakit kardiovascular, pulmonary embolism, masalah hati dan pengandungan yang boleh terjejas dengan penggunaan pil perancang. Selain itu, pil perancang boleh memberikan beberapa kesan sampingan semasa diambil. Contohnya loya, muntah, sakit perut, perubahan mood anda dan kesakitan payudara merupakan kesan sampingan yang lebih biasa berlaku dalam kalangan pengguna pil perancang. Bincanglah dengan doktor anda sebelum mengambilnya.

Dr Ilias,

5 tahun

Selamat sejahtera. Terima kasih kerana mengajukan soalan.

Pil perancang yang diberi nama Diane 35 merupakan antara pil perancang terkenal untuk kesihatan permukaan kulit. Pengambilan pil ini dibuktikan mampu menyebabkan kulit kurang berminyak, memudarkan warna jeragat dan seterusnya menghilangkan jerawat di muka. Kebanyakan para wanita yang mengambilnya melaporkan mereka tidak berdepan dengan masalah seperti loya, pening atau perubahan berat badan seperti berat badan meningkat.

Diane 35 juga diambil oleh mereka yang mengalami bulu yang banyak di muka atau dikenali sebagai hirsutisme. Walaupun pil perancang kehamilan mempunyai kandungan hormon oestrogen atau progestrogen yang lebih rendah, ia mempunyai kesan minimum terhadap kesuburan dan juga tiada pertambahan berat badan.

Tetapi adalah elok jika anda berbincang perkara ini dengan doktor yang berkaitan seperti pakar kulit sebelum anda membuat keputusan untuk mengambil Diane 35.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)