
Sulit
5 tahun
Pil Perancang Yasmin dan Depresi
Saya berumur 36tahun dan mula ambil pil perancang Yasmin sebulan lalu. Saya musykil samada pil ini boleh mengganggu hormon dan emosi saya? Kerana sejak pengambilan pil ini, saya lebih sensitif dan kerap berasa depress. Mohon bantuan. Tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi, untuk makluman anda, pil perancang yasmin adalah pil perancang kehamilan kombinasi. Pil ini sememangnya boleh mengganggu hormon dan menyebabkan gejala seperti haid tidak teratur dan perubahan pada mood dan emosi.
Oleh itu, anda disarankan untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan pandangan tentang pil perancang yang lebih sesuai, serta memastikan bahawa gangguan emosi anda adalah disebabkan ubat tersebut dan bukannya faktor lain.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau kik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk mendapatkan penerangan lanjut atau untuk berhubung dengan farmasi kami.Terima kasih.