
aliaherman39
4 tahun
Pil perancang yasmin dan produk detoxx
Dr saya dalam rawatan kesuburan untuk betulkan period saya…saya diberi pil perancang yasmin untuk betulkan period saya…saya nak bertanya dalam masa sama boleh ke saya minum produk detox yang mengandungi dextroit,isomalt,vitamin c,arabic gum,perasa anggur hitam dan maltodextrin…adakah ia akan menganggu jika saya makan bersama pil perancang?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Anda tidak digalakkan untuk mengambil makanan tambahan ataupun suplemen lain sekiranya anda mengambil ubat untuk merawat masalah kitaran haid. Dikhuatiri penggunaan suplemen lain akan menjejaskan keberkesanan dan fungsi ubat tersebut dalam rawatan kitaran haid. Sila dapatkan nasihat dan pandangan daripada doktor yang berdekatan
Sehingga kini belum ada kajian saintifik yang membuktikan keberkesanan pil perancang jika diambil bersama detox. Dikhuatiri kesan ubat tidak dapat berfungsi dengan baik didalam badan. Sila klik link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan kami secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am mengenai masalah ini. Terima kasih.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik