
Sulit
4 tahun
Pil perancang yasmin untuk menjarakkan kehamilan
Saya wanita berusia 25 tahun…buat masa ini saya mengambil pil yasmin untuk menjarakkan kehamilan…persoalannya sekiranya bulan ini haid saya tidak datang seperti biasa, pada hari keberapakah saya perlu makan semula pil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Untuk makluman anda, pil tersebut mempunyai 21 pil yang anda harus ambil pada setiap hari. Kemudian selepas tamat, anda harus berhenti selama 7 hari. Hari ke 8 jika anda datang haid atau tidak anda harus mengambil pil pada pek seterusnya jika anda ingin merancang kehamilan. Sila rujuk pada manual yang terdapat dalam kotak pil tersebut.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih