
Sulit
3 tahun
Pil perancang yasmine untuk breastfeeding mom
hai doc , pil PERANCANG yasmin boleh diambil oleh ibu menyusu ? sebab saya baru nak mengambil pil perancang…jadi adakah selamat sekiranya saya mengambil pil perancang yasmin ? dan boleh ke breastfeeding mom makan ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, setiap ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor adalah berdasarkan kepada indikasi tertentu. Doktor akan menanyakan tentang sejarah kehamilan anda beserta kesulitan yang anda hadapi untuk bersalin sebelum ini. Hal ini adalah kerana setiap ubat-ubatan mempunyai kesan sampingan yang tersendiri dan perlulah dimakan mengikut arahan dan nasihat daripada doktor.
Oleh itu, sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.