
Sulit
4 tahun
Pil postinor dan pil ell
Hai doctor, saya berumur 21 tahun. Saya bersetubuh bersama suami pada 2 September dan saya mengambil pil postinor keesokan harinya. Harini 6 September, perlukan saya mengambil pil Ella pada harini kerana saya tidak pasti pil postinor yang saya ambil baru baru ini berkesan atau tidak. Saya tidak bersedia untuk hamil.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih Puan kerana berhubung dengan kami untuk bertanyakan soalan. Saya fahami kebimbangan Puan pada masa sekarang. Terlebih dahulu saya memuji tindakan Puan kerana telah mengambil pil Postinor bagi menghalang kehamilan berlaku.
Untuk makluman Puan, pil Postinor adalah pil kecemasan yang diambil dalam masa 72 jam selepas melakukan hubungan seks
- Tablet pertama diambil sebaik sahaja selepas bersetubuh dan tidak lebih daripada 72 jam
- Ambil tablet kedua sebaik 12 jam selepas tablet pertama.
- Jika anda muntah dalam masa 2 jam selepas mengambil salah satu tablet, anda harus kembali ke farmasi, doktor atau klinik kerana kemungkinan tablet tidak diserap dengan betul dan memerlukan tablet tambahan.
- Anda tidak boleh mengambilnya lebih dari satu kali dalam satu kitaran haid. Jika digunakan lebih daripada satu kali dalam kitaran haid, kitaran haid akan terganggu
Keberkesanan pil ini untuk mngelakkan kehamilan sekiranya diambil dengan betul adalah sebanyak 95% jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi. Oleh itu, sekiranya anda mengambil pil ini dengan betul, peluang untuk anda hamil adalah nipis.
Pil Ella pula juga merupakan pil kecemasan yang mempunyai fungsi yang sama seperti postinor dengan melambatkan ovulasi agar tiada penghasilan telur untuk disenyawakan dan harus diambil secepat mungkin selepas hubungan seks tanpa perlindungan. Namun pil Ella boleh diambil sepanjang 5 hari selepas melakukan seks tanpa perlindungan.
Kedua dua ubat ini mempunyai kesan sampingan yang berbeza. Anda dinasihatkan untuk mempertimbangkan kesan kedua dua ubat ini sebelum mengambilnya.
Kekal selamat ketika berhubungan mesra !
Untuk mengetahui lebih lanjut, anda dinasihatkan untuk merujuk kepada doktor di klinik atau hospital berdekatan. Anda juga boleh menghubungi kami di link (DoctorOnCall) untuk mendapatkan khidmat nasihat dan konsultasi atas talian bersama pakar secara peribadi.