
Sulit
5 tahun
Pil postinor diambil ketika sedang makan regividon
Isteri saya sekarang mengambil pil regividon .dia selalu makan ikut masa yg dia tetapkan pda pukul 10mlm .tetapi tadi dia telah terlupa dan terlambat 1 jam utk ambil pil tu dan tadi saya telah terlepas dalam .soalan saya adakah boleh isteri saya mengambil pil postinor pula utk kecemasan utk mengelakkan dari hamil

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk pengetahuan, Postinor-2 adalah kontraseptif kecemasan. Ia diambil dalam tempoh 72 jam hubungan seks tanpa perlindungan.
Dianggarkan bahawa Postinor-2 akan menghalang 85% kehamilan yang diharapkan. 95% kehamilan yang dijangkakan akan dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
Pil postinor pertama diambil dalam masa 72 jam setelah bersetubuh, pil kedua diambil setelah 12 jam dari pengambilan pil pertama. Jika anda mengambil kedua pil sekaligus, ini mengurangkan keberkesanan pil tersebut.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.