
Sulit
4 tahun
Pil postinor & sakit belakang
Betulkah pil postinor boleh mengelakkan hamil sehingga 3 tahun?.. Akhir-akhir ni saya mengalami sakit belakang + sakit di bahagian ari-ari, adakah itu kesan dari pengambilan pil tersebut…saya consume pil tersebut pada bupan 7 yang lepas, seminggu kmudian saya telah period namun sehingga kini saya tidak period lagi…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, pil perancang Postinor ini merupakan sejenis pil perancang kecemasan yang boleh diambil sebagai salah satu kaedah perancangan keluarga kecemasan yang diambil bagi mencegah kehamilan selepas melakukan hubungan intim tanpa perlindungan.
Oleh itu, kami tidak sarankan anda untuk menggunakan pil perancang Postinor in kerana ia adalah khususnya untuk kecemasan, dan penggunaan berpanjangan boleh mengganggu kesihatan reproduktif wanita anda, dan merupakan salah satu risiko bagi penyakit kanser payudara. Selain itu, penggunaan positnor yang berpanjangan ini juga boleh merosakkan organ rahim serta meningkatkan risiko keguguran jika ingin menjadi hamil pada masa hadapan.
Jalinkan hubungan seks tanpa kebimbangan lagi
Mengenai sakit belakan dan sakit di bahagian ari-ari anda, ia mungkin boleh berkait dengan penggunaan pil perancang tersebut ataupun tidak. Jika ia berkait, makan ia boleh disebabkan oleh kehamilan ektopik, iaitu kehamilan yang berlaku pada kawasan bukan rahim seperti tiub falopian. Anda boleh memasitkan perkara ini dengan menggunakan ujian kehamilan melalui air kencing (UPT) yang juga boleh mengesan kehamilan ektopik.
Selain itu, ia juga boleh menyebabkan penyakit rahim seperti Endometriosis, ketumbuhan fibroid atau polip, dan juga masalah ovari. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor sakit puan anda bagi mengenalpasti punca masalah yang anda hadapi.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.