
asyiqin5354
4 tahun
Pil postinor2 dan period yang sedikit dan berwarna kehitaman
Hye dr sy wanita berumur 28 tahun. Sy mempunyai 2 orang anak dan masih merancang tetapi menggunakan kaedah sendiri. Seminggu yang lepas, sy ade bersama dengan suami di waktu subur sy. Walaupun sy tak ‘pancut dalam’ tetapi sy risau jika berlaku kesilapan seperti yang pernah terjadi ketika sy merancang anak kedua dahulu. Jadi sy mengambil postinor sedikit lewat iaitu pada 48 jam dan terus makan 2 pil sekaligus. 2 minggu selepas itu sy mengalami pendarahan selama sehari sahaja. Period sy pula jatuh pada 4 hari selepas pendarahn tersebut. Namun yang merunsingkan sy, period sy terlalu sedikit dan berwarna coklat dan tekstur pekat. Adakala nya ia berwarna hitam dan tekstur seperti selaput2 darah. Sy gusar , apakah sy sedang hamil atau ini adalah kesan setelah makan postinor 2pil sekaligus. Perlukah sy berjumpe dengan doktor? Atau perlukah sy membuat ujian kehamilan. Terima kasih atas nasihat dan rundingan yang akan diberikan.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, pil perancang kecemasan yang anda nyatakan harus diambil pada setiap 12 jam dalam sehari (2 pil dalam 24 jam) untuk mendapatkan keberkesanan yang diinginkan. Sekiranya anda terlambat untuk mengambil pil perancang tersebut, anda boleh memakan ubat tersebut sebaik sahaja anda sedari mengenai kelewatan itu, dan mengambil pil seterusnya 12 jam selepas itu. Pil perancang kecemasan harus diambil berterusan dalam jangka masa 72 jam . Jika tidak diambil lebih dari 72 jam, maka kesan ubat tersebut akan terhapus.
Pil perancang kecemasan ini boleh diambil sebelum 72 jam melakukan hubungan intim. Pengambilan lebih dari sekali dalam kitaran haid (bulan) yang sama adalah dibenarkan, namun ia akan menyebabkan kitaran haid anda mudah terganggu atau lebih tercederung untuk menjadi tidak teratur. Kami sarankan anda kurangkan dari segi penggunaan pil tersebut dan hanya gunakan sekiranya sebagai salah satu kecemasan.
Berkenaan dengandarah haid yang kelihatan hitam, ia biasanya disebabkan oleh darah yang telah lama berada di dalam rahim. Ini disebabkan oleh aliran darah haid yang perlahan pada awal haid meyebabkan ia berada lebih lama di dalam rahim atau merupakan baki darah haid anda pada kitaran haid yang lalu. Warna hitam atau lebih gelap ini terhasil akibat darah yang teroksida.
Biasanya darah hitam ini adalah sesuatu yang normal. Namun begitu, anda perlu berjumpa dengan doktor jika anda mengalami gejala lain seperti:
- Sakit perut haid yang teruk
- Haid terlalu lama
- Haid terlalu banyak
- Kitaran haid yang tidak teratur
- Sakit ketika melakukan hubungan seksual
- Kesukaran mengandung
Saya sarankan anda untuk membuat pemeriksaan di klinik berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan dan kepastian dalam hal ini. Untuk mengatasi hal ini, pemeriksaan lebih lanjut perlu dilakukan sebelum memberikan kesimpulan.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.