Sulit
2 tahun
Pil yasmin boleh menaikkan gula dalam darah
Hai… Sy prediabetes… Hba1c 4.7%…sy diberi pil yasmin selepas injection depo sy mengalami period berpanjangan…
Adakah pil yasmin ini akan memberi kesan kepada bacaan gula dalam darah harian sy?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih untuk soalan anda.
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, antara kesan sampingan pil Yasmin adalah:
- Rasa loya dan tidak sedap badan
- Sakit kepala
- Sakit payu dara
- pendarahan atau spotting dalam masa beberapa bulan pertama setelah mula mengambilnya
- Haid tidak sekata
- Perubahan mood
Untuk makluman anda, pil yasmin tidak akan memberi kesan kepada kadar bacaan gula dalam darah anda.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Kemungkinan anda tidak sesuai dengan pil perancang ini namun begitu, sebelum memberi cadangan pil perancang yang sesuai dengan anda, lebih maklumat tentang sejarah kesihatan anda harus ditanyakan. Hal ini kerana beberapa penyakit harus dielakkan penggunaan pil perancang hormon gabungan.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.