
isaacsandra91
5 tahun
Pil yasmin di ambil oleh wanita berumur
Bolehkah pil Yasmin d ambil oleh wanita berumur… mohon penjelasan doktor

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman anda, Yasmin merupakan ubat hormon yang digunakan sebagai pil perancang. Tiada had usia bagi pengambilan pil ini asalkan ada indikasi jelas. Selain sebagai pil perancang, Yasmin di ambil untuk tujuan berikut:
- Mengawal kitaran haid yang tidak teratur
- Merawat sengugut
- Mengurangkan pendarahan
- Mengurangkan risiko kista ovari
Anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor dan menjalani pemeriksaan sebelum mengambil pil kerana terdapat beberapa kesan sampingan yang boleh berlaku akibat daripada pengambilan pil ini.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.