
Sulit
3 tahun
Pil yasmin utk wanita berusia 24 tahun
Saya wanita berusia 24 tahun & belum berkahwin. Saya mengalami jerawat yang banyak diseluruh tubuh & badan. Apakah boleh jika saya consume pil yasmin utk short term?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, jerawat mempunyai beberapa punca penyebab, contohnya:
- Ketidakseimbangan hormon
- Jangkitan kulit
- Makanan berminyak atau kurang sayur dan buah
- Gaya hidup yang tidak teratur, seperti tidur lewat
- Stress
- Kebersihan yang tidak memuaskan
Pengambilan yasmin hanya dapat membantu untuk sesetengah masalah ketidakseimbangan hormon dalam punca jerawat. Selain itu, yasmin juga akan menyebabkan kesan sampingan jika terambil dengan salah atau berjangka panjang. Anda digalakkan untuk berbincang dengan doktor sebelum mengambil ubat yasmin ini.
Untuk mengetauhi punca penyebab jerawat anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut.
Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk mendapatkan bantuan Pakar Kulit!