fifiyusuff
6 tahun
Pil yasmin yang diambil tidak ikut jadual masa
Salam n hi.
Saya wanita berusia 37 tahun dan baru sahaja menggunakan kaedah perancang pil( yasmin). Saya mula ambil pada hari ke 6 period. Sepanjang tempoh makan yang telah masuk 17 hari,saya kerap menukar masa makan pil tersebut,dari waktu 12 mlm,6.00 pagi,10.00 pg ,2.00 ptg n sekarang pada pukul 9.00 mlm. Tapi utk hari berikutnya sekiranya saya ambil pada pukul 9.00 mlm esoknya saya akan makan pada pukul 9 juga.ada x kemungkinan untuk saya mengandung sbb saya x gunakan kaedah lain ketika bersama suami.
Tq
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sekiranya anda terlupa pil Yasmin dalam tempoh sehari ataupun 24 jam, anda boleh mengambil pil yang anda terlupa pada secepat mungkin (bermakna anda mengambil 2 pil dalam satu hari). Kemudian sambung ambil pil seterusnya mengikut kadar biasa.
Sekiranya anda terlupa pil dalam masa 2 hari, sebaiknya anda patut juga menggunakan kondom sebagai pencegahan kehamilan di samping pil
Menurut apa saya fahami dalam kes puan, puan mengambil pil Yasmin dalam masa 24 jam antara pil yang mana dalam tempoh selamat dan puan masih dilindungi dari kehamilan yang tidak dirancang.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.



































