
qayhaziq
5 tahun
Pill perancang mercillon
Slamat pagi dokter… Sy seorang ibu berumur 20 tahun… Sy ingin bertanya… Sy melahirkan ank secara czer… Jdi sy harus merancang… Sy merancang menggunakan pill mercilon… Soalan sy d sini normal atau tidak selama 6 bulan sy memggunakan mercilon sy tidak period… Sbelum mnggunakan mercilon sy mnggunakan noriday… Smasa menggunakan noriday sy period tpi sebelum period sy mngalami snggugut yg amat skit… Jdi sy mngambil keputusan bertukar kpada mercilon… Ttapi slama sy mnggunakan mercilon sy tdak period… Setiap habis satu tablet pill tersebut sy akan cek preg test tetapi -ve… Sorry klau ayat bertabur

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid tidak datang ini adalah tidak seharusnya berlaku walaupun anda mengambil pil perancang. Antara sebab-sebab haid anda tidak datang adalah seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari - seperti hipertiroid
- Masalah polycystic ovarian syndrome
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.