
raihann533
5 tahun
Pinggang berasa tidak selesa
saya permpuan berusia 22 tahun .sejak akhi2 ini saya ada merasakan bahagian pinggng sebelah kiri rasa sakit yang mencucuk …adakah effects saya makan vit c Cordell (2 day ) …saya jugak ada mkn ubat bisacody utk sembelit .adakah ia membahayakan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Pertama sekali, Supplemen vit c dan ubat sembelit yang anda ambil tidak menyebabkan sakit pinggang. sakit pinggang atau sakit belakang adalah sesuatu masalah yang biasa dan di hadapi oleh sebahagian populasi kita. Ada banyak penyebab untuk sakit pinggang. Antaranya ialah :
- Patah tulang belakang ( Spondilolisis )
- Patah tulang rusuk
- Scoliosis ( kebengokkan tulang belakang ke sebelah tepi)
- Kyphosis ( kebengokkan tulang belakang ke bawah )
- Kemampatan cakera intervertebral
- Spondilosis ( degenerasi cakera intervertebral )
- Spondilolithesis ( kegelongsoran tulang belakang )
Sakit pinggang/belakang disebabkan oleh masalah otot dipanggil lumbago. Penyebab sakit pinggang dari lumbago adalah :
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih.