
Sulit
5 tahun
Pinggang kerap sakit
Saya wanita 20an . Saya mengalami sakit pinggang yang teruk apabila period . Dan period saya dalam sebulan 2kali . Saya kerap buang air kecil . Kadang-kadang terasa sakit apabila buang air kecil . Saya mengalami sakit perut yang sangat sakit . Sampai nak berjalan pun lemah . Saya mengalami period pain sehingga lepas period . Kitaran haid saya sudah tak menentu . Dan saya kerap sakit kepala. Boleh dr tolong jelaskan apa sebabnya . Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala-gejala yang anda alami boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Endometriosis - sel lapisan rahim tumbuh di tempat lain dan menyebabkan keradangan
- Fibroid dalam rahim - fibroid boleh berdarah dan membesar sehingga menekan pundi kencing
- Sindrom menstruasi
- Masalah ovari seperti ovari terbelit
Masalah lemah yang anda hadapi boleh disebabkan anemia (kurang sel darah merah) dan juga kesakitan yang berpanjangan. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.