
Sulit
5 tahun
Pinggang sakit waktu subur
Sy berumur 32 tahun dah berkahwin 2-3bulan ni pinggang sakit pinggang waktu subur sy period normal belum rezeki dapat anak adakah sbb ni punca sy xboleh pregnant

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Saya tidak dapat mengulas lanjut mengenai sakit pinggang anda kerana maklumat yang diberikan andalah tidak mencukupi untuk saya membuat kesimpulan.
Untuk makluman pihak anda, masalah sukar untuk mengandung ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
• Anda belum mencuba dengan cukup- kekerapan hubungan intim tidak cukup atau tempoh mencuba belum lama
• Tidak berovulasi- disebabkan oleh PCOS, berat badan tidak mencukupi, primary ovarian insufficiency (ovari tidak cukup), masalh tiroid, hyperprolactinemia (penghasilan hormon prolaktin terlalu banyak) dan bersenam berlebihan.
• Masalah pada sperma pasangan lelaki
• Umur
• Tiub falopia tesekat
• Endometriosis (masalah dinding rahim)
• Masalah penyakit lain
• Mandul
Akan tetapi, memandangkan anda baru saja berkahwin dalam 2-3 bulan, anda digalakkan untuk mencuba dan memberi lebih masa sebelum anda boleh mengandung.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.