
Sulit
4 tahun
Pinggang saya sakit sejak kebelakangan ni
Kedua belah pinggang rasa bahang panas2 din bahagian dalam. Apa punca dan solusi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit pinggang. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Otot pada pinggang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang dan pinggang
- Kemampatan cakera intervertebral
- Slip disc
- Akibat bahan kimia prostaglandin yang dibuat di dalam lapisan rahim. Keadaan ini adalah dianggap fisiologis dan hanya perlu diubati dengan ubat tahan sakit.
- Jangkitan pada saluran kencing dan buah pinggang - menyebabkan kepedihan sewaktu kencing.
Masih risau dengan sakit pinggang anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui rawatan yang tepat untuk masalah ini, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Justeru, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih