
Sulit
4 tahun
Pinggng terasa seperti bersemut
hi doktor. saya pelajar perempuan berumur 20 tahun. sejak 3 bulan yang lalu, pinggang saya kerap terasa seperti bersemut seperti kaki cramp. hal ini terjadi hanya ketika saya duduk. mula2 hritu rasanya hanya di bahagian pinggang sebelah kiri. tpi sekarang rasa kesemutan tu dah smpai ke bahagian tulang rusuk sebelah kiri dan ke bahagian tengah perut. boleh doktor tolong jelaskan mengapa hal ini terjadi? terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal atau keluhan yang sebenar. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Inginkan gaya hidup sihat? Suplemen dapat membantu!
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
- keletihan yang terlalu berat
- kekurangan gula / air dalam darah
- faktor psikologi (i.e. stres, depresi, dll)
Namun ia juga boleh menandakan kelainan tubuh seperti:
- gangguan muskoloskeletal
- gangguan saraf
- gangguan endokrin / metabolik
- gangguan psikiatri
- penyakit lain yang memerlukan pemeriksaan yang lebih khusus
Buat sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- mendapatkan rehat dan tidur yang berkualiti
- pastikan sleep hygiene yang bagus (7-8jam sehari)
- jangan melangkau waktu makan (skip meals)
- jauhi faktor-faktor yang boleh memicu stres atau tekanan
- meneruskan gaya hidup sihat (i.e. bersenam, diet, dll.)
- mengambil waktu rehat setelah selesai melakukan beberapa tugas
- memastikan diri bearda pada posisi yang betul apabila berkerja, duduk, baring & tidur
Anda dinasihatkan untuk segera ke hospital atau klinik yang berdekatan sekiranya terdapat gejaal seperti:
- mual / muntah
- pening / sakit kepala
- pitam / tidak sedarkan diri
- hilang selera makan atau penurunan berat badan yang mendadak
- gejala berterusan, bertambah sering atau semakin berat
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Namun, informasi yang telah diberikan hanya berdasarkan gejala yang telah anda sampaikan. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapatkan rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.