
Sulit
3 tahun
Pipi Kanan Bergerak-gerak sendiri
Salam Doc. Saya lelaki berumur 40 tahun dan bekerja di pejabat. Hari ini saya terasa keganjilan dimana pipi kanan saya bergerak-gerak secara sendiri dan tidak boleh dikawal. Perlukah saya berjumpa doktor untuk check-up?
Terima kasih Doc.

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Gangguan saraf pusat
- Bells palsy
- Strok
- Multiple sclerosis
- Guillain-Barré syndrome
- Ramsay-Hunt syndrome
- Trauma saraf muka,
- Penyakit autoimmune (i.e Sjogren’s syndrome)
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.