
Sulit
3 tahun
Piriod gangu sebab perancang cucuk
Saya nk tanya saya dh cucuk selama 3 tahun dan dah berhenti cucuk selama 4 bulan tetapi priod masih tk datang tujuan saya berhenti cucuk kerana ingin merancang anak lagi tetapi boleh ka saya subur dimasa saya berhenti cucuk dan adakan saya boleh megandung dan disebab kan itu saya tidak lagi datang priod walaupon sudah 4 bulan tidak cucuk

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, kejadian ini adalah kesan sampingan umum selepas penggunaan perancang cucuk, sebanyak 50 peratus pengguna akan mengalami masalah ini. Biasanya ia akan mengambil sekurang-kurang 6 bulan untuk kembali semula haid anda, jangka masa berbeza untuk setiap wanita.
Selain itu, anda adalah subur, cuma jika haid anda belum kembali, kemungkinan untuk mengandung adalah rendah. Anda boleh merujukkan masalah ini kepada doktor anda untuk mendapatkan penjelasan dan bantuan untuk kembali semula haid anda.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Ibu dan Anak (ONG).