
Sulit
3 tahun
Piriod tak berhenti , berpanjangan . Segugut yang teruk . Selalu pening , mual ,
Sy berumur 23 tahun , belum bernikah . sy start dtang piriod umur 12 tahun . Sejak awal lg mmang sy mngalami segugut kuat dan turun darah yg bnyak .masuk tahun 2021 Sy datang bulan tak berhenti dr bulan 1 smpai bulan 7 . Sepanjang piriod sy tak berhenti sy tidak langsung rasa sakit segugut lg .badan sy rasa lemah dan sy pergi ke klinik , doktor bg sy ubat berhenti darah dan tambah darah , selepas 3 hari sy mkan ubat doktor . Sy alami segugut yg kuat sngat , smpai sy sendiri tak tahan . Sy mkan ubat tahan sakit 4 biji tetap tak berkurang . Sy pergi hospital , doktor kata sy bleeding. Sy kena tambah darah .doktor scan , kata rahim sy tak ada masalah , rahim sy sihat je. Setakan ni sy dah kena tambah darah dah dua kali . Masa umur sy 19 tahun dan sekarang . Dan doktor suruh sy buat temu janji dengan doktor sakit puan .doktor bg ubat dan Sekarang sy mkan ubat hormon , ubat berhenti darah ,ubat tambah darah dua jenis , vitamin B . Kalau sy tak mkan ubat darah akan keluar balik . Apakah masalah sy sebenarnya ? Adakan serius penyakit sy ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui keterangan diatas, anda mengalami masalah haid yang berpanjangan tanpa henti. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam hal ini.
Untuk pengetahuan anda, pendarahan berpanjangan ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Tekanan ataupun stres
- Gaya hidup aktif
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ibuprofen/aspirin yang mencairkan darah
- Masalah tiroid
- Kanser rahim atau serviks
- PCOS
- Masalah pembekuan darah
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui dan kebanyakan wanita alami masalah ini
Oleh itu, anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut dan mengenal pasti sama ada masalah ini berkaitan dengan kesuburan ataupun penyakit dalaman.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.