
Sulit
4 tahun
Pitam dan rasa nak pengsan. rasa sakit dada dan kadang kadang sakit bahagian perut
i am a woman and 19 years old.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Melalui penerangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit dada sebelah kiri boleh disebabkan oleh pelbagai kondisi kesihatan, secara amnya, seperti:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Memandangkan anda mengalami rasa nak pitam ataupun pengsan, anda disarankan untuk segera berjumpa dengan doktor kerana masalah ini adalah perkara yang perlu diambil serius. Hal ini bagi mencegah komplikasi yang tidak diingini dan agar rawatan yang sewajarnya dapat diberikan kepada anda.
Namun, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.