
Sulit
4 tahun
PLHIV(yang dirawat)
Salam dr. Saya sdah memulakan ubat hard dari tahun 2014 smpai la skrnag 2021.jika saya nak berkawin, adakah hiv sy negetif, sbb saya punya vairaload saya 0(undetec) so ada kah keputusan negetif…bolh jelaskn tak

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, walaupun undetected, ujian HIV anda akan menunjukkan positif tetapi undetected. Undetected (tidak dapat dikesan) bermakna viral load dalam tubuh badan anda adalah terlalu sikit untuk dikesan oleh ujian darah biasa. Namun ia akan kekal positif kerana wujudnya antibodi dalam tubuh badan anda.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.