
Sulit
5 tahun
Pnafasan laju..dan badan letih
Badan saya terasa lesu dan letih…kadang2 jantung saya bgerak dgn laju…tapi bila saya test pnafasan saya… tahan nafas selama 20saat…ai blaku normal,tidak ada yg berasa pelik…tidak ada batuk. Tidak ada terasa nafas sesak…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Malangnya, saya kurang jelas dengan soalan yang ingin anda ajukan kepada pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, masalah jantung berdegup laju ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Masalah tiroid
Masalah ritma jantung
Masalah psiakitri seperti terlalu risau (anxiety disorder)
Demam - degupan jantung lebih laju ketika tidak sihat
Selepas melakukan aktiviti lasak atau melalui perkara yang mendebarkan atau menyeronokkan
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.