
Sulit
5 tahun
Pneumonia simptom cov 19?
Saya wanita berusia 43 thn pesakit asma dan dimasukkan ke hospital swasta disebabkan sesak nafas ketika bekerja pada 2.3.2020. Saya mengalami gejala batuk dan demam 37.5 - 37.7c pada seketika waktu (on & off).Doctor diognasis saya ada pneumonia dan jangkitan kuman serta menjalani rawatan dihospital selama 5 hari. Pihak pejabat juga memaklumkan ada kes positif Cov 19 di tempat kerja saya pada 2.3.20 dan staff tersebut telah menjalani rawatan di hospital kerajaan.Tetapi saya bukan kontak rapat pada staff tersebut.Saya telah discaj pd 6.3.20 dan masih kurang selesa bernafas dgn baik. Tetapi tiada demam.Perlukah saya menjalani rawatan kesihatan utk Cov 19?

5 tahun
Hai.
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID19 memandangkan anda masih lagi mengalami kesukaran bernafas. Oleh kerana itu, anda disarankan untuk melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Sekiranya anda berisiko tinggi, ujian saringan di klinik kesihatan atau hospital kerajaan perlu dijalankan.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini