
Anonymous
4 tahun
Pontalon untuk demam bengkak susu
saya wanita berumur 26 tahun dan baru sahaja 45hari menimang cahaya mata kedua. saya mengalami bengkak susu serta demam. terasa sendi-sendi badan sakit. bolehkah saya mengambil pontalon sebagai ubat tahan sakit sedangkan bayi saya adalah penghidap g6pd deficiency dan saya menyusukannya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, tiada kajian yang menunjukkan bahawa ubat pontalon (mefenamic acid) memberi kesan hemolisis terhadap pesakit G6PD. Namun, anda amat disarankan untuk mendapatkan nasihat dan berbincang dengan seorang doktor/pihak kami untuk pengesahan serta maklumat lanjut.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.