
Sulit
3 tahun
Positif gbs yang susah hilang
hai dokter…
saya da masuk dua tahon positif gbs selepas bersalin…macam2 klinik…macam2 ubat yg disyorkan…termasok hal kebersihan…masih juga keluar…kadang kala malu dengan suami sendiri…taktau mana lagi tempat nak pergi rawat…boleh doc suggest kan untuk hilang kan gbs ini…dan apa perlu sy buat…ubat tradisional pon saya dah buat…saya sedih dgn diri sendiri😌

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami faham akan kebimbangan anda mengenai hasil positif GBS yang anda hadapi. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, GBS adalah nama singkatan untuk sejenis kuman bakteria dipanggil ‘Group B Streptococcus’. Wanita yang dijangkiti kuman GBS akan menunjukkan hasil positif. Namun, ada juga wanita yang berstatus GBS positif (telah dijangkiti kuman GBS) tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda. Golongan ini dinamakan pembawa GBS.
Walaupun GBS kadangkala tidak menunjukkan sebarang tanda, akan tetapi ia mempunyai risiko jangkitan kepada bayi sekiranya anda hamil.
Berkenaan penerangan mengenai rawatan, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Semoga jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.