Anonymous
6 tahun
Possibility mengandung terlepas temujanji suntikan perancang
Hai doktor. Saya terlepas temujanji suntikan perancang selama 5 hari. (22/7 temujanji suntikan tetapi saya ambik 26/7). Pada 24 dan 25/7 saya ada bersama dgn suami, tpi suami buang di luar. Ada x possibility sya utk hamil?saya risau sbb baby baru 4 month and saya bersalin secara czer.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak anda, kemungkinan untuk anda hamil adalah rendah walaupun anda telah terlepas temujanji suntikan perancang tersebut. Namun begitu, adalah baik jika anda merujuk kepada doktor yang anda temui untuk suntikan perancang tersebut dan memaklumankan perkara ini kepadanya sebelum mendapatkan suntikan seterusnya.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.



































