
Sulit
4 tahun
Postinor 2 and breastfeeding
Salam doc. Sy baru ambil postinor 2 pil kedua pagi tadi. And dari pembacaan xboleh breastfeed baby dalam tempoh 3 hari, betul ke? Baby kecil sy berumur 1tahun 11bulan,masih menyusu badan. Bila sy boleh start semula beri dia susu badan? And susu yg dalam breast ni kena buang ke jika x boleh beri pada dia?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Walaubagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Jalinkan hubungan seks tanpa kebimbangan lagi
Kajian telah mendapatkan bahawa zat-zat Postinor-2 boleh dirembes melalui susu ibu. Hal ini menyebabkan air susu ibu perlu dijauhkan dari bayi buat sementara waktu. Namun yang demikian, anda tetap perlu mengeluarkan air susu ibu secara manual dengan menggunakan cara pompa dan lain-lain. Ini bagi mengelakkan payu dara menjadi antaranya:
- payudara malas untuk menghasilkan susu ibu
- gangguan seperti obstruksi payudara
- penyakit seperti keradangan payudara
Untuk mengetahui selama mana anda perlu menjauhkan susu ibu dari bayi, anda perlu mendapatkan nasihat doktor yang lebih pakar.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Obstetrician kami sedia membantu.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.