
muhammadismail5607
4 tahun
Postinor 2: Berkaitan keberkesanan pil tersebut dalam hubungan sex
Salam,
Persoalan 1.
Pada malam sekitar jam 10 malam 11hb 1 saya telah seks dgn teman wanita saya dgn posisi saya kat bawah, dia kat atas (ride). Saya pancut luar ketika baring, dan banyak air mani melekat dan meleleh di kemaluan saya. Saya teruskan seks tanpa membasuh kemaluan saya.
Persoalan 2.
Kemudian pada jam 3 petang 13hb 1 teman wanita telah makan pil Postinor 2 iaitu selepas 41 jam seks.
Soalan saya,
- Adakah teman wanita saya berisiko untuk hamil?
- Adakah Postinor 2 masih lagi berkesan selepas 41 jam seks?
- Tambahan. Masih ada lagi kah cadangan lain untuk mengelakkan teman wanita saya hamil?
Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kegusaran anda mengenai risiko teman wanita anda hamil. Untuk maklumat anda, pil perancang kecemasan mempunyai keberkesanan yang tinggi dalam mengelakkan kehamilan sekiranya diambil dalam tempoh 72 jam daripada kali terakhir melakukan hubungan seksual.
Jalinkan hubungan seks tanpa kebimbangan lagi
Namun begitu ia masih tidak menolak kemungkinan risiko untuk hamil walaupun keberkesanannya tinggi. Buat masa ini, tidak terdapat cara lain untuk mengelakkan kehamilan selain menggunakan pil perancang kecemasan dan perlindungan seperti kondom.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi di atas talian. Terima kasih.