
Sulit
5 tahun
Postinor 2 boleh tak untuk ibu menyusui
doc , saya nak tanya . bila saya bersama dgn suami tanpa perlindungan . then saya ambil postinor 2 untuk cegah kehamilan . boleh tak saya menyusukan anak 2bulan lebih . sbb baby full bf .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang penggunaan pil postinor ketika menyusukan anak.
Anda masih boleh menyusukan anak anda seperti biasa. Untuk makluman puan, pil postinor tidak disarankan penggunaannya ketika menyusukan anak. Hal ini kerana pil postinor boleh mengganggu penghasilan susu badan. Bagi pengetahuan puan juga, wanita yang menyusukan anak sepenuh masa telah mempunyai perlindungan kontraseptif dalam 6 bulan pertama selepas bersalin. Namun ia tidak lagi efektif selepas itu.
Oleh itu, puan dinasihatkan untuk merujuk ke farmasi atau bercakap dengan doktor bagi mendapatkan nasihat tentang keperluan and jenis kontraseptif yang sesuai.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.