
Sulit
5 tahun
Postinor 2 dan buasir
Saya wanita berumur 26. Status berkahwin. rancang kehamilan. Pada masa yang sama baru sahaja dapat sakit buasir tahap pertama. Sy mengambil postinor kurang dr 24jam selepas seks. Dan pada hari yang sama mengambil ubat GC HERBS DISPILES untuk buasir. Adakah ada kesan sampingan dari pengambilan 2 jenis ubat ini? kerana sudah 7 hari dr pengambilan postinor 2 & GS HERBS DIPILES masih belum datang haid. Terima kasih doctor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, berdasarkan maklumat yang anda berikan, terdapat kemungkinan anda tidak datang haid disebabkan kesan sampingan postinor atau disebabkan oleh herba buasir yang anda ambil. Buat pengetahuan anda, memandangkan postinor adalah pil hormon, ia boleh mempengaruhi kitaran haid, namun biasanya kesannya adalah lebih rendah. Namun apabila anda mengambil pil tersebut dengan ubat herba yang dikatakan boleh mengubati buasir, terdapat kemungkinan ubat ini berinteraksi dengan postinor atau herba tersebut sendiri yang memberikan kesan sampingan tersebut.
Anda disarankan untuk tidak mengambil sebarang herba tanpa rujukan dengan doktor kerana kesan sampingannya tidak diketahui dan mungkin boleh memudaratkan. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.