
Sulit
4 tahun
Postinor 2 kesan pada period
Hy doc, minggu lepas sy ambil postinor 3/11… 6 Hari selepas itu saya pendarahan seperti period pada tarikh 9/11…soalan saya darah yang sedang saya alami ni apa ya doc? Bemaksud hamil atau period awal atau kesan dari postinor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik!
Postinor-2 merupakan pil kontraseptif kecemasan yang mengandungi hormon progesteron yang tinggi bagi mencegah kehamilan. Sekiranya postinor diambil secara kerap, anda mungkin boleh mengalami gelaja-gejala yang disebabkan oleh pil tersebut :
- Haid tidak teratur
- Keletihan
- Mual
- Muntah
- Sakit perut
- Cirit-birit
- Pening
- Sakit kepala
- Sakit payudara
- Pendarahan faraj
- Tindak balas kulit
- Pendarahan
Untuk menjawab persoalan anda, pendarahan yang anda alami mungkin disebabkan oleh Postinor-2. Pada kertas yang disertakan di bersama pil tersebut, ia menerangkan bahawa Postinor-2 boleh mengubah kitaran haid anda. Anda mungkin mengalami haid awal atau lewat dari biasa dan darah haid anda mungkin mengalir dengan sikit ataupun banyak.
Pendarahan juga mungkin boleh disebabkan oleh impantasi telah berlaku di dinding rahim. Namun begitu anda perlu diperiksa oleh doktor untuk menentukan sama ada anda hamil ataupun tidak dan sekiranya perdarahan dan gejala lain berterusan atau rutin harian anda terganggu, kami sarankan anda supaya berjumpa dengan doktor secepat mungkin.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan keadaan anda, anda boleh menghubungi doktor kami di ( DoctorOnCall ).