
Anonymous
5 tahun
Postinor 2..kesan sampingan
salam doc…sy ingin brtanya mengenai kesan sampingan postinor 2 yg telah saya ambil baru2 ini…sy brhbgan dgn pasangan pada 30.6 .tp psgan sy tembak luar… pd pkul 7.00am.pkul 12.00pm hari yg sama sy telah mgambil postinor 2 utk tablet prtama…dan ke esokan harinya slpas 12 jam dari tablet prtama,sy ambil tablet kedua… slps dua hari pgambilan tablet trsebut…sy mgalami pening mual muntah hingga hari ini…adakah ianya normal? dan sy belum mendapat lagi haid… adakah brpotensi utk mengandung doc?postinor 2 benar2 berkesan ke…?bantu sy

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, ubat postinor biasanya digunakan secara kecemasan untuk mencegah kehamilan setelah melakukan hubungan seksual. Pil pertama dimakan dalam 72 jam setelah bersama sementara pil kedua dimakan 12 jam setelah anda makan pil pertama. Efek samping yang sering muncul setelah menggunakan Postinor adalah seperti mual, muntah, perdarahan, sakit payudara, sakit kepala, pening, keletihan dan dapat berlangsung sampai dua hari. Sekiranya gejala terjadi lebih lama dan parah, sebaiknya puan mendapatkan konsultasi doktor.
Berdasarkan penelitian, dapat dianggarkan bahawa Postinor-2 dapat menghalang 85% kehamilan. 95% kehamilan dapat dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama. Akan tetapi, efektivitas akan menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan yang tidak dilindungi.
Berkenaan dengan masalah haid lewat yang anda hadapi, keterangan yang anda berikan adalah kurang lengkap. Sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi, kami memerlukan maklumat lanjut tentang rutin kitaran haid puan.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih