
Sulit
5 tahun
Postinor 2 lewat makan dos yang kedua
Saya lewat makan postinor 2 dos kedua.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman tambahan pihak anda, ubat postinor adalah merupakan pil kecemasan untuk mencegah kehamilan setelah melakukan hubungan seksual. Pil pertama dimakan dalam 72 jam setelah bersama sementara pil kedua dimakan 12 jam setelah anda makan pil pertama.
Secara amnya, pengambilan pil kedua ini tidak mempunyai masalah dan kesan untuk mengandung. Pil pertama yang lebih penting. Namun, saya cadangkan anda untuk ke farmasi jika anda masih ragu-ragu mengenai tahap keberkesanannya
Untuk info tambahan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.