
Sulit
4 tahun
Postinor 2 untuk fully breastfeed
Saya wanita 28 tahun.saya bersama dengan suami tanpa protection sebab sya salah kesan waktu subur saya.saya ibu menyususi bayi sepenuhnya.saya czer dah dua kali .saya dah terambil postinor-2 sebiji.saya rsau takut ada efek samping pada bayi saya.tolong sya doktor.apa patut saya buat

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan anda pada masa ini. Untuk makluman anda, ubat yang dinyatakan oleh anda di dalam ruangan soalan merupa kan pil perancang kecemasan dan ia mempunyai dos hormon progesteron yang tinggi.
Bagi menjawab persoalan anda, ubat tersebut boleh dilarutkan dan dirembeskan di dalam susu ibu. Untuk mengelakkan daripada bayi meminum susu yang bercampur dengan hormon ubat tersebut, anda boleh mengambilnya selepas memberikan susu dan elakkan diri daripada menyusukan anak menggunakan susu ibu selama lapan hingga sepuluh jam.
Jalinkan hubungan seks tanpa kebimbangan lagi
Terdapat kajian dilakukan berkenaan kesan pil perancang kecemasan terhadap bayi, namun tiada statistik yang kukuh berkenaan kesan sampingan ubat tersebut kepada bayi.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami yang bertauliah secara peribadi di atas talian. Terima kasih.