
haznur56
5 tahun
Postinor2 (tiada pendarahan berlaku)
Saya berumur 21 dan telah melakukan sex. Namun saya mengambil Postinor 2 46 hours after sex. Namun tiada pendarahan berlaku walaupun telah mengambil 2 pill postinor. Kenapa boleh jadi sebegitu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
- Postinor-2 adalah kontraseptif kecemasan sahaja. Postinor-2 tidak dimaksudkan sebagai kaedah kontrasepsi biasa. Ia digunakan untuk mengelakkan kehamilan apabila diambil dalam tempoh 72 jam hubungan seks tanpa perlindungan.
- Dianggarkan bahawa Postinor-2 akan menghalang 85% kehamilan yang diharapkan. 95% kehamilan yang dijangkakan akan dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
Pendarahan selepas pengambilan Postinor-2 akan mengambil masa beberapa hari. Walaubagaimanapun, anda disarankan untuk membuat urine pregnancy test juka 3 minggu tiada haid kerana kemungkinan Postinor tidak berkesan untuk anda.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.