
naqiahahmad2012
5 tahun
Potassium dan Creatinine rendah
Keputusan ujian Darah pd 18/2/20 saya ialah Potassium 3.34 dan creatitine 39.92. Kedua-duanya berada pada paras rendah dari julat yang disarankan. Boleh saya sebab-sebab kenapa kedua-dua ujian ini rendah dan cadangan untuk mengatasi msalah ini. Apakah ada penyakit-penyakit yang berkaitan jika kedua-dua ujian ini rendah. terima kasih doktor

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, terdapat banyak punca kekurangan potassium dalam badan. Keadaan ini dipanggil hypokalemia. Antara penyebab masalah ini adalah:
- Masalah buah pinggang
- Sering muntah-muntah
- Cirit birit
- Penggunaan ubat darah tinggi jenis diuretics (mengeluarkan air dari badan)
Untuk mengetahui punca yang mana satukah punca masalah yang anda hadapi, pemeriksaan ada ujian lanjut adalah diperlukan. Ada boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian untuk nasihat lanjut secara percuma. Terima kasih.