syera.laura
7 tahun
Potensi untuk hamil atau diagnosis lain
Saya wanita 31 umur baru berkahwin 7 bulan,selepas kahwin period saya tidak teratur. Kadang2 lambat sehingga 35 hari, sejak akhir ini saya akan mengalami sakit kepala pada awal pagi beberap hari sebelum period. Last period saya 4 hari (21.8 to 24.8) dan bersama selepas 2 hari bersih. Baru baru ini saya sering mengalami sakit kepala dan mual2 (bermula pada 2 sept) sedangkan saya baru lepas period. Adakah gejalah ini disebabkan oleh kemungkinan hamil atau masalah2 lain.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
7 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak anda, antara punca haid tidak teratur adalah:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.


























